Wednesday, June 8, 2011

D' Ratu

Sunday, May 22, 2011

Tanjung Dawai....



Salam,

Tanjung Dawai adalah senonim dgn tempat menjual makanan awet seperti, ikan bilis, ikan masin, sotong masin, belacan dan pelbagai lagi makanan kering atau awet. Tetapi Tanjung Dawai juga merupakan tempat orang ramai bersiar-siar di waktu petang malah ianya menarik ketika senjakala. Terdapat beberapa gerai menjual makanan di sepanjang pantai Tanjung Dawai... kalau tak percaya berkunjunglah ke sana......

Wednesday, May 18, 2011

Stefanie Chua.......



Stefanie Chua......
Bekas Ratu Miss World Malaysia 2009
Gambar ini diambil semasa pertandingan fashion pada tahun baru 2010. Ianya satu2nya kenangan kerana gambar ini adalah atas permintaan beliau selepas tamat pertandingan sebelum beliau pulang. Beliau sangat manis dan jelita serta peramah orangnya.

Sunday, May 15, 2011

......a glory red


Salam,

Subhanallah......syukur kepada Allah kerana menjadikan dunia ini indah. Jelas kelihatan kebesaran Illahi yg mejadi alam semesta ini secantik ini. Ianya bermula apabila aku menerima panggilan sahabt dari Alor Star yg merancang ke Pulau Pinang. Beliau bertanyakan tempat pengambaran disessi petang, secara spontan aku katakan "Pantai Robina", entah apa yg aku fikirkan aku sendiri pun tak tahu yg pastinya aku telah sematkan niat untuk mengambil suasana senja di pantai robina ini. Ianya telah tersemat sejak seminggu yg lalu apabila aku mengambik gambar "long exposure" disini bersama-sama sahabatku yg sentiasa bersama-samaku.

Sahabatku dari Alor Star amat gembira apabila suasana senja ini begitu indah sekali dan mungkin hadiah kenang-kenangan dari Pulau Pinang.

Setting camera aku:
Picture Style: Landscape
Aperture : f11
Exposure: 30s

Camera 5DMkII + Len 17-40mm F4 + HiTech Filter GND 0.9 + Velbon Tripod


Sekian...terima kasih, sampai ketemu lagi....

Wassalam....

Saturday, May 14, 2011

Mentari Terbit di Masjid Terapung



Salam,

Hari tu aku telah pun bercerita panjang megenai anakku .....Amirul Hafiz. Kali nie aku nak ceritakan mengenai gambar ini. Gambar ini aku rakamkan di Masjid Terapung, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Selalunya aku gunakan picture style "Standard" tapi kali aku cuba plak picture style "Landscape". Sebab apa aku tertarik dengan picture style ini? Alasannya adalah keadaan masa nie terlalu suram hanya sediit sahaja cahaya mentari yg kelihatan jadi dgn picture style "Landscape" aku dapat warna yg cantik dan langit juga kelihatan kebiruan.

Setting kamera aku adalah
ISO: 50
Aperture: f22
Exposure: 3.2s

Amirul Hafiz.............anakku.



Salam,
Apabila mulanya hujung minggu, hati ini dah mula meronta-ronta untuk melepaskan gian. Aku terjaga seawal 5 pagi,,,,Suasana kelihatan gelap tapi kelihatan bintang2 berkelipan. Ha....ini ada peluang. Tanpa berlengah-lengahkan masa aku terus gerak Isteriku untuk menemani aku, maka isteriku pun kalutlah bangun dan mengerakkan anakku yg sedap melayan mimpinya. Budak2 nie bukan senang kalau digerak bangun awal, macam2 kerenah mereka.

Sesudah subuh, aku pun keluar le menuju terus ke Tanjung Tokong yg menjadi destinasi shooting aku kali ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam, boleh dikatakan lanjar le tu, kalau tidak satu jam pun belum tentu sampai. Sesudah sampai aku pun mencapai peralatan aku serta dengan cepat aku berjalan ke tempat yg sedang bermain-main di kepala aku.

Aku tercari-cari dan terpikir, composition yg macam mana aku nak rakam situasi diawal pagi ini. Puas juga aku tercari-cari dan akhirnya aku mendapat juga composition cara aku le. Nak kata bagus, aku nie bukan le bagus sangat ambil gambar nie....kadang2 tu pun hancus jugak.

Malangnya.....suasana pagi nie tak le seindah yg ku dambarkan. Cahaya mentari tak secantik yg pernah ku ambil disini dgn ISO640, sebab tu ku ulang semula sessi pengambaran di sini. hanpir sejam aku menunggu akhir aku kecewa...."tak apa lah, lain kali mai lagi".

Sebelum ku bungkus semua peralatan aku....sempat juga aku merakam gambar anakku yg sedang mundar mandir di tepi pantai. Aku tertarik dgn sihoutte anakku yg tak ubah seperti anak orang asli. Dialah yg selalu menemani aku ke mana saja aku pergi........

Amirul Hafiz.............anakku.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys